05 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Hai pembaca sekalian ! Hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Jadi pada hari ini, gua nak beri tazkirah cikit larh. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, gua ingin memperingatkan diri gua dan pembaca sekalian, bertaqwalah kepada Allah dan berselawatlah kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Apa salahnya kalau hari ini kita memperbanyakkan lagi selawat ke atas Baginda? Kita semua umat Islam disunatkan untuk berselawat kepada beliau tiap-tiap hari. Allah dan para Malaikat juga turut berselawat ke atas Nabi. Apatah lagi kita hamba Allah yang hina ini. Masih sombong untuk selawat ke atas Nabi. Sedangkan Nabi punya sayang kepada kita hatta ketika saat Nabi sakaratulmaut pun masih lagi mampu menyebut ummati,ummati,ummati yakni umatku,umatku,umatku. Inilah tanda bahawa Nabi Muhammad SAW amat menyayangi dan ,merindui kita. Pada suatu hari, Nabi berkumpul bersama para sahabat. Tiba-tiba Nabi mengalirkan air mata. Lalu para sahabat berasa hairan. Para sahabat pun bertanya kepada Nabi " Mengapa engkau menangis ya Rasulullah? " Lalu Nabi menjawab " Aku rindukan ikhwan ku". Para sahabat bertanya lagi " Kenapa engkau merindui ikhwanmu, bukankah kami ikhwanmu ya Rasulullah? " Jawab Nabi " Bukan, kamu semua adalah sahabatku" Kemudian sahabat bertanya lagi " Lalu siapakah ikhwan itu? " Jawab Nabi " Mereka adalah umatku. Walaupun mereka tidak pernah melihat wajahku,mereka tetap mengamalkan semua sunnahku". Lalu para sahabat turut menitiskan air mata. Lihatlah, betapa cintanya Rasulullah kepada kita sebagai umatnya. Justeru, apakah disebabkan pekerjaan yang terlampau banyak menghalang kita untuk berselawat kepada baginda? Atau kerja sekolah @ rumah yang memaksa kita untuk tidak berselawat kepada Nabi? Ingatlah kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Kejar lah untuk melakukan amal yang baik. Selalulah berselawat ke atas Baginda. Ubahlah cara kita selama ini. Basahkan lidahmu dengan berzikir,berselawat dan membaca Al-Quran. Semoga kita berada dalam kemanisan iman & taqwa yang mantap. Insya Allah. Amin. Setakat ini sahaja coretan saya setakat ini.



C H A L O B E T E H !
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Putera Pisces ♥

No comments:

Post a Comment